blog ini hanya boleh di buka menggunakan mozilla. Lia dah cuba buka menggunakan Internet Explorer. tak boleh.so, the conclusion is buka gunakan mozilla okay? jenguk-jenguk sini silalah bagi coment. permintaan Nysrah. dia kata nak improvekan lagi penulisan dia. so, comment okeay.-Lia

cerpen: Kau Pergi Jua. Sayang.

Ramadhan tiba lagi. Bulan yang mulia untuk semua umat islam. Tidak kusangka sungguh pantas waktu berlalu. Dan aku sudah beranjak ke usia remaja. Remaja yang punyai mimpi indah, remaja yang punyai impian setinggi langit, dan remaja yang masih mencari apa erti kehidupan. Hidup tidak sentiasa bahagia. Hidup juga harus punyai banyak pengorbanan. Pengorbanan hati dan perasaan. Aku korbankan hati dan perasaanku hanya kerana impian. Impian dan janji yang kubuat pada diriku sendiri , juga kepada wanita yang menduduki tangga pertama dihatiku. Wanita yang banyak mengajarku bagaimana menjalani kehidupan dengan apa yang digelar ketabahan.

Masih terbayang diingatan, senyumanmu, pandangan matamu, kelembutan tanganmu,ketabahan dan kecekalan yang ada dalam dirimu. Sudah sembilan tahun berlalu. Namun, ingatanku tidak pernah lekang dengan memori indah kita bersama. Aku amat menyayangimu. Aku amat mencintaimu, Nenda..

Dulu, kau menjadi tempat untuk aku mengadu masalah. Untuk aku mengadu dikala aku diejek oleh teman-teman dengan namaku yang aneh. Hanya kau mengetahui betapa sedihnya hati bila menjadi bahan ejekan teman-teman seumuran. Kau memberikanku semangat dan dorongan. Kau menjadi tempatku bersandar bila aku hampir jatuh. Padaku engkau adalah wanita tercantik yang pernah aku temui. Seringkali, aku menangis dikala aku merinduimu. Seringkali aku mengeluarkan air jernih ini, dikala aku inginkan pelukan hangatmu. Hanya pelukanmu yang bisa membuatkan aku tidur lena bermimpi nan indah-indah.

Nenda, saat-saat bersamamu adalah waktu terindah buatku. Yang tidak pernah akan kulupakan meski dalam tidur sekalipun. Namun, tuhan menyayangimu. Mungkin kerana ketulusan hatimu menyatukan sebuah keluarga besar. Kau didiagnosis memiliki barah tulang. Setahu aku barah tulang tidaklah seserius mana. Namun, saat kau mengetahui penyakit yang dihidapimu, semuanya sudah terlewat. Kau mulai menjalani kimoterapi di hospital. Tidak cukup di tangan, dipunggung, dibelakang badan. Sehingga akhirnya, hampir satu badanmu penuh dengan bekas jarum. Sungguh, saat itu ingin sahaja aku menggantikan tempatmu. Meski aku harus mati.

Sudah bermacam cara dilakukan. Sayang sekali, kimoterapi yang engkau jalani tidak dapat membuang barah yang telah memakan sel-sel tubuhmu. Hingga akhirnya kau hanya boleh terbaring di katil. Pandangan matamu ketika itu sungguh memilukan nenda. Meski saat itu umurku baru lima tahun, aku tahu kesakitan yang kau alami. Anak-anakmu seramai enam belas orang kesemuanya bergilir-gilir menjagamu. Aku yang sememangnya tinggal bersamamu setiap hari membacakan dirimu kisah-kisah nabi. Kau seringkali tersenyum di saat aku membaca. Kau seringkali mengusap rambutku semasa aku tekun membaca. Meski kau tidak lagi berupaya, aku tahu kau tidak mahu memperlihatkan kepada orang lain kelemahan dirimu.

Dari selatan hinggalah ke utara. Hampir semua hospital di semenanjung telah engkau jejaki demi menyembuhkan penyakitmu. Namun sepertinya tuhan ingin mengujimu serta menguji orang-orang yang menyayangimu. Barah itu tidak berkurang. Malah semakin merebak ke organ-organ dalaman. Hari demi hari engkau semakin tidak berdaya. Sering aku berdoa meminta tuhan meringankan beban yang engkau tanggung. Engkau menahan sakit selama dua tahun. Dan selama dua tahun itulah aku melihat penderitaan yang engkau alami. Ya tuhan, aku tidak sanggup! Seringku monolog di dalam hati. Diamku tidak bererti aku tidak mengendahkanmu nenda, namun, diam itu bererti aku tidak sanggup melihat penderitaan yang engkau alami. Diam itu bererti aku juga merasakan kepahitan hidup yang engkau jalani.

Di saat engkau sedang berusaha melawan penyakitmu, aku harus kembali tinggal bersama ibu dan ayah. Al-fatihah, sering aku sedekahkan kepadamu. Agar dipermudahkan dugaan itu. Di tempat baru, aku menjadi seorang gadis yang pendiam. Aku amat merinduimu. Namun, aku tidak mahu menjadi anak yang durhaka. Aku harus mengikuti setiap kata-kata ayah dan ibu. Maafkan aku nenda.

Satu hari, di pertengahan ramadhan, jam menunjukkan tepat satu pagi. Suasana di luar gelap. Ayah mendapat panggilan telefon dari hospital di utara tanah air bahawa engkau sedang tenat. Aku memohon kepada ayah untuk sama-sama mengikutinya untuk melihatmu. Namun, tuhan lebih tahu segalanya. Aku tidak dibenarkan pergi menjengukmu. Malam itu tidurku tidak nyenyak. Sesungguhnya tidurku sering terganggu apabila engkau tidak lagi di sisiku. Akhirnya, tepat jam empat pagi dua puluh ramadhan, engkau pergi jua. Pergi mengahadap ilahi. Sesungguhnya DIA maha mengetahui. Penderitaan hidup yang engkau jalani cukup membuatkan aku tahu bahawa engkau wanita yang sangat cekal. Dalam sakitmu engkau tidak pernah mengeluh. Yang ada hanya pujian terhadap-Nya.

Pulang ke kampung untuk pagi esoknya , suasana kampung suram dan kelam. Wajah-wajah di situ menunjukkan mereka sedih akan kepergianmu. Saat aku memasuki kawasan rumah, aku menghidu bau yang sangat harum. Kucium kedua belah pipimu sebelum engkau dibawa ke tanah perkuburan. Harumanmu menusuk kehidung. Dapat kulihat ketenangan yang terpancar dari wajahmu. Kupegang tanganmu untuk kali terakhir. Untuk aku merasakan kelembutan tangan yang pernah memelukku. Untuk aku merasakan kelembutan tangan yang pernah mengusap ubun-ubun kepalaku. Air mata jatuh di pipi mulusku. Tanganmu sungguh lembut. Tanganmu sejuk. Ya! Kelembutan itu masih ada. Masih ada meski yang tinggal di hadapanku hanya jasad.

Suasana kelam itu bukan hanya meliputi ke keluarga sahaja. Namun, alam sekeliling ibarat mengetahui perginya seorang hamba ALLAH yang begitu tulus hatinya. Yang begitu cekal hatinya. Di saat jasadmu di letakkan ke liang lahad, aku sempat memandang itu. Pandangan terakhir yang tidak pernah aku luputkan dari ingatan ini. Sejurus selepas kau dikebumikan, kami sekeluarga mengemas baju dan tilam yang pernah menjadi tempat pembaringanmu. Foto-foto disimpan sebagai kenangan. Beberapa hari selepas itu, ayam dan kucing peliharaanmu hilang entah kemana. Pokok-pokok di sekeliling rumah juga layu. Bunga-bunga bertaburan. Sepertinya mereka mengetahui kepergian Nur dari rumah ini.

Bertahun aku perlukan untuk mengubati kerinduan ini. Mencari wanita setegar dirimu. Mencari manusia yang punyai hati seikhlas dirimu. Namun, tidak pernah aku temui. Ya! Tidak pernah aku temui wanita seperti dirimu. Nenda, aku sering berharap bahawa semua ini hanya mimpi ngeri. Dan semasa aku bangun dari mimpi ngeri ini, kau sedang tersenyum sambil memelukku. Namun, setiap kali aku bangun dari pembaringan, rialitinya, engkau pergi dan tidak akan kembali. Kini, tiada lagi orang yang akan mendengar kisah-kisah ceritaku, tiada lagi orang lain yang akan memelukku, tiada lagi orang yang akan memberikan sentuhan indah seperti dirimu. Dirimu ibarat Nur yang diberikan-Nya kepada orang-orang disekelilingmu. Dan bila Nur itu pergi, aku sendiri. Nenda, aku amat merinduimu. Kini, hanya al-fatihah dan doa mengiringi kerinduanku padamu. Semoga engkau tenang di sana..

Ramadhan kali ini aku masih sendiri. Masih mencari. Sudah sembilan tahun engkau pergi nenda. Sudah sembilan tahun aku menahan kepahitan di hati demi kebahagiaan orang disekelilingku. Sungguh kepahitan ini amat menyakitkan. Ibaratnya sembila yang menciongkel hati. Parutnya tidak pernah hilang. Malah, sering berdarah. Nenda, aku sering bertanya kepada diriku. Bilakah saatnya tiba aku bisa menemui wanita seperti dirimu? Engkau adalah idola ku. Jika manusia di luar sana menjadikan Dr sheikh Muzaffar sebagai idola, idola aku tetap dirimu. Hanya kamu. You’re the only one. Only one! Salam sayang , gadis yang amat menyayangimu, Lenysrah.

Ramadhan kali ini,
Aku sendiri,
Tanpa dirimu,
Yang bergelar sayang.

Ramadhan kali ini,
Kau tiada lagi,
Menemani dikala suka dan duka,
Melayani karenahku,
Yang sering ingin bermanja.

Setiap kali ku lihat bintang dilangit,
Kulihat wajahmu,
Tersenyum bahagia,
Di dunia sana.

Syawal menjelma,
Dan aku merinduimu,
Hanya hatiku yang tahu,
Betapa kau amat aku sayangi.

Kau wanita,
Mengajarku apa erti hidup,
Menjagaku saat aku bukan siapa-siapa,
Mendidikku cara bahagia.

Tanpamu,
Aku tidak sekuat ini,
Tanpamu,
Aku tidak setegar ini.

Sungguh,
Aku merinduimu.


nysrah



1 comment:

Anonymous said...

nysrah - tq lia masukkan cerpen ni. buat reader sekalian. cerita ini aku buat demi memperingati arwah nenda tercinta. kisah ini benar-benar berlaku. khas untuk my love one and only. hanya al-fatihah sebagai doa harian.

just ask me anything

free counters