blog ini hanya boleh di buka menggunakan mozilla. Lia dah cuba buka menggunakan Internet Explorer. tak boleh.so, the conclusion is buka gunakan mozilla okay? jenguk-jenguk sini silalah bagi coment. permintaan Nysrah. dia kata nak improvekan lagi penulisan dia. so, comment okeay.-Lia

Wednesday, September 8, 2010

Impian Sempurna 1


       Cahaya lampu kamar yang memancar di segenap ruang kamar menyilaukan mata. Jam menunjukkan tepat 7.05 pagi. Aku lantas bangkit dari pembaringan lalu mencapai tuala mandi di dalam almari untuk membersihkan diri. Denyutan di kepala yang datang lewat subuh tadi tidak berkurangan. Entah kenapa akhir-akhir ini migrain sering melanda. Kesakitan yang mencucuk-cucuk di seluruh sendi badan juga tidak berkurang. Langkah dipercepat. Hari ini adalah hari penting untuk keluargaku. Majlis pernikahan dan persandingan kakak sulungku, Nurin liyana dengan lelaki pilihannya, Arsyad.

Selesai berpakaian, aku menilik tubuhku di hadapan cermin sederhana besar. Kebaya labuh bersulam warna putih , tudung dan selendang yang kupakai menyerlahkan personalitiku. Sedikit bedak asas dan pelembap bibir kupakai untuk menutup wajahku yang sedikit pucat. Segaris senyuman yang menghiasi bibirku mungkin dapat menutup kelesuan yang menyelubungi diri ini. Meski sedikit lelah, aku berusaha tampak bersemangat.
             
 ‘perfect!’

Langkah ku atur menuruni tangga menuju ke kamar Kak Liyana di tingkat bawah. Kulihat Kak Liyana sedang didandan oleh teman baiknya, Kak Jasmine. Senyuman yang menghiasi bibirnya menyerlahkan keanggunan raja sehari.

“ Wah, wah, wah..raja sehari senyum sampai ke telinga ! ayu lah Kak Yana hari ni. Kalah Datuk Siti!”
“ Amboi! Mengata akak ek? Tengoklah. Nanti bila habis majlis akak kerjakan Shifa. Menangis berlagu-lagu gurindam pun akak tak kira.”
“ Hahaha. Takutnya!”  

aku sengaja mengusik kak Liyana. Kalau tak aku sebagai adik bongsu yang mengusiknya, siapa lagi. Ya tak?

Kak Liyana menelek wajahku. Dahinya berkerut-kerut. Seperti memikirkan masalah Negara lagaknya!

“ Hah. Ni kenapa muka pucat ni? Sakit eh? Dah makan ubat?” tangan Kak Yana mengusap wajahku.
”Kak Yana ni.. ingatkan dahi berkerut-kerut fikirkan masalah Negara Amerika nun.tup.tup. menilik orang! Tak baik tau orang perempuan berkerut muka. Nanti cepat tua!”
“NURIN ASHIFA! Don’t change the topic okey? Answer my question.”

Hah. Sudah. Kak Liyana dah sebut nama penuh. Nanti ada yang kena baling dengan kasut kang.

“Shifa pening sikit je. Penat kut. Nanti okeylah. Kak Yana tak payah risaulah.Dahlah. Shifa nak pergi depan. Bye! jangan nakal-nakal. Kak Jasmine, lawa baju kurung akak.”



Aku melangkah menuju ke ruang tamu . Kulihat Mama sibuk menyusun atur barang hantaran.


“Mama. Nak Shifa tolong?”
“Eh. Tak payahlah Shifa. Kak Yana mana? Dah nak berangkat ni. Lambatnya..Macam kita pulak yang nak kahwin.hish!”
“Mama ni. Relaks lah.Kak Yana dah siap tu..kejap lagi keluarlah tu..”

Aku mengangkat barang hantaran menuju ke dalam kereta milik Mama. Papa? Papa dah lima tahun menghilang setelah berkahwin dengan isteri keduanya, Aunty Mona. Mama,Kak Yana dan aku sememangnya telah terbiasa hidup tanpa kehadiran seorang lelaki yang bergelar bapa. Oleh kerana sikap papaku sendiri yang tidak setia, aku menjadi pesimistik dengan lelaki. Aku tidak percaya pada institusi pernikahan. Tetapi, tidak kuutarakan pendapatku kepada Mama. Aku tidak mahu Mama bersedih. Kehidupan kami kini lebih stabil dengan kerjaya Mama sebagai usahawan yang semakin meningkat naik.

“Hah! Tu pun Kak Yana dah keluar. Kak Jasmine, tolong pegangkan handphone shifa boleh? Nak pergi toilet kejap.”
“Ish..ni kakak ke adik yang nak kahwin ni? Ha ha ha..”
“Kak Jasmine!!”

Kak Jasmine adalah sepupu merangkap kawan baik Kak Yana. Umur mereka sebaya. 25 tahun. Kerjaya sebagai pemilik Butik Jasmine Melinda menyebabkan dia tidak punya masa untuk bersosial atau dengan lebih tepat mencari pasangan hidup.

-----------------------

Tepat jam  9 pagi. Kak Liyana telah selamat diijabkabul dan menjadi seorang isteri. Aku telah mempunyai abang ipar. Sebentar lagi aku bercadang minta anak saudara pula pada Kak Yana. Hmm..pasti muka merah kalah udang kena bakar !

“Ni kenapa senyum-senyum ni? Nak kenakan Kak Yana lagi ek?”
“Kak Yana ni..mana tau. Pandailah teka!”
”Oi cik adik sayang.. Awak tu umur dah 16 tahun.. Kejap lagi nak masuk 20 dah. D-u-a-p-u-l-u-h. tau? Sudah-sudah la perangai asyik nak kenakan orang!
“sori sikit orang muda lagi eh!”

Kami masih usik-mengusik semasa mama datang menegur. Mengajak pulang untuk bersiap-sedia majlis reception di Dewan Serbaguna berhampiran rumah.

“Kau orang ni tak habis habis bergurau. Dah. Jom balik. Kejap lagi ada majlis. Lambat karang.Shifa ikut Mama. Arsyad ikut Pak long Mizan. Siap-siap”
“Ala mama.. Shifa saja nak cakap kat Kak Yana. Abang ipar dah dapat. Bila nak dapat anak sedara ni..??”
“Nurin Ashifa !! nak kena eh?”

------------------

Aku menukar baju kebaya labuh putih dengan kurung modern dengan tenunan labuci warna merah jambu. Tema majlis reception kak Yana.Dari tudung litup aku bertukar kepada syawl campuran warna merah jambu dan kuning air. Sedikit pemerah pipi dan gelang tangan emas putih berbentuk hati ku sarungkan ke tangan.

Pintu diketuk dari luar. Aku mencapai perfume beautiful dari jenama Estee Lauder.

“ Masuklah. Pintu tak kunci.”

Pintu terbuka. Kulihat Akmar tersenyum dibalik pintu. Akmar Marini teman sekuliahku yang kukenal sejak masih di sekolah menengah. Mama dah tak kisah kalau dia nak datang masuk menyelinap satu rumah. Gaya macam rumah dia pun ada juga. Tapi yang buat aku suka dengan perangai dia adalah dia seorang yang happening. Always make other people smile. Dengan perangai gila-gila dan falsafah yang entah apa-apa. Kadang-kadang dengan aku sekali termasuk dalam falsafah ala perosak bahasa.

“Adoi! Wanginya..cantiknya kau Shifa…ni siapa yang nak kahwin ni? Kau ke Kak Yana?.”
“Woi! Cakap baik-baik sikit ek. Sekali-sekala melawa. Tak salahkan? Sambil menyelam minum air.”
“banyak kau punya air. Tak tersedak ke kalau menyelam-menyelam-minum?air laut masin lah!” hah. Tu kan aku dah kata? Melalut meraban selalu.

akmar tersenyum. tangannya tangkas menyelongkar isi almari buku Shifa. mencari bahan bacaan sementara menunggu tuan rumah bersiap. majalah colour di selak. 

“Dah. Dah melalut dah.Weh. Mana yang lain? Kau sorang je?”
“Eh. Tak lah. Aku bawak lima bas datang sini. Makcik jual karipap belakang rumah tu pun aku angkut.ha ha ha.”
“Oh’oh..lima bas? Bagus betullah kau ni..kenapa tak bawak sepoloh bas je. Boleh round-round satu Johor ni.”
“Eh. Boleh ke? Aku tempah lagi lima bas ek?”
“Dahlah. Melayan kau sampai tiga dekad pun tak habis! Jom turun.”
“Weh. Kau sakit lagi ke? Tak makan ubat ek? “
“Kau ni sama je dengan Kak Yana. Tak habis-habis nak jadi doctor bidan terjun. Kalau aku sakit..aku takkan bangun dari katil tu. Akan beradu sampai esok pagi.”
“Beradu? Wah gaya macam puteri zaman melayu melaka lah cakap..ha..tun Fatimah?”
”Yeah! Tun fatimah bukan puteri lah.”

Tun fatimah gelaran aku semasa di sekolah menengah. Semasa di tingkatan 1 kami ‘dipaksa’ untuk berlakon untuk mendapatkan markah Bahasa Melayu. Sampai la ni lekat. Aku Tun Fatimah. dan Akmar Dang Anum. Hah ! rindunya!


“Hah sudah. Tun Fatimah rindukan Tun Ali ka . melamun!”
”Masalahnya..Tun Fatimah masih belum berkenan dengan mana-mana jejaka idaman Malaya untuk dijadikan Tun Ali yang gagah perkasa.baik hati.
Baik budi pekerti”
“Belum berkenan? Tak apa..nanti Dang Anum tolong carikan ya? Nak yang macam mana? Tinggi? Kaya? Manis? Putih atau yang perut boroi ala hulk gitu!..”
“Lah..sudah..jom turun.!”

------------------------------

Kami beriringan menuju ke Dewan tidak jauh dari rumah. Tiba-tiba aku merasakan duniaku berputar. Kepalaku pusing. Langkahku terhenti.


“Shifa. Kau okey tak ni? Aku panggilkan Mama kau ya?”
”Aku pening sikit la.”
“ Tu lah. Kan aku dah cakap kau sakit ni. Degillah kau ni.”
“ Sudah-sudah la. Doktor Akmar. Membebel je. Tolong bawak aku duduk kat tepi dewan tu ye? Sikit lagi baik la ni. Panas kot..”
”Hah degil lagi. Kau dah makan ubat belum?”
”Dah. Aku makan panadol tadi.”

Sedang kami berbual sementara menunggu migrain ku berkurangan, sepupuku, Faiz menyapa. Meskipun umur kami berbeza enam tahun, aku selesa berbual dengan dia. mungkin aku sepatutnya membahasakan dia sebagai ‘abang’ tapi kata Faiz dia tidak mahu kelihatan tua. Ingin muda selalu. Jadi, hanya panggilan ‘Faiz’ kedengaran.Faiz kelihatan segak dengan baju melayu merah jambu.


“Kau kenapa Shifa? Sakit? Awat tak rehat kat rumah je?”
“Alah. Sikit je ni. Kejap lagi hilanglah. Wah kau! Pink tu. Anyway, you look handsome with your baju melayu merah jambu.ha ha ha”
“Alah. Kalau tak kenangkan Kak Yana menikah. Tak teringin sangat la aku nak pakai pink ni. Tu lah. Kakak tersayang kau tu suka gila pinky-pinky ni. Cuba nasihat sikit kat dia. Semua nak pink. Nanti kau kahwin jangan pakai pink ek? Aku sekeh kepala”
“Sekali-sekala..berkorban untuk dia. Apa salah? Aku  menikah? Kau dulu kot.. girlfriend dah keliling. Nasib baik tak kena baling lagi dengan high heel lagi. Playboy!”
“Eh! Aku kan handsome.. mestilah jadi rebutan ramai! Jealous lah tu. Tu kat sebelah siapa?

Aku melihat mulutnya dihalakan kepada Akmar di sebelahku. Gadis itu dah merah muka akibat menjadi tatapan Faiz.


“Erk? Kawan aku pun kau nak sapu?”
“Bukan sapu lah. Cakap elok-elok sikit ek? Siapa?”
”Nak tau buat apa?”
”Saja. Siapa cik adik manis tu?”
”Akmar. Kawan sekelas aku. Kenapa? Berkenan?”
“Akmar? Akmar apa?cakap biar habis boleh tak?”
“Yalah-yalah..Akmar ni Faiz Daniel sepupu aku merangkap playboy-buaya darat,don juan,romeo dan yang sekaki dengannya. Faiz. Gadis ayu kat sebelah aku ni Akmar Marini kawan sekelas aku merangkap sahabat baik aku. Puas?”
“Ala..Cik Shifa. Janganlah marah.. I gurau je..peminat lari karang..” Faiz dah angkat kening. Tersenyum.


          Sungguh Faiz sememangnya jejaka yang kacak. Tinggi lampai. Berkulit cerah. Romantik dan sangat ambil berat dengan keadaan aku. Meskipun kadang-kadang sakit hati dengan perangai playboy dia. Aku selesa bila berbual dengan Faiz. Tapi yang tak boleh tahan bila pergi shopping centre, jumpa dengan makwe-makwe dia. terpaksa berlakon jadi ‘tunang’ dia. Kalau tak pun jadi wife tak bergaji. Gara-gara nak selamatkan diri. Apa punya playboy lah! Nasiblah aku ni Cuma sepupu dia. kalau jadi wife betul-betul,Menangis merana aku.

Sakit kepala yang menyerang semakin berkurang. Aku cuba bangun untuk membantu apa yang patut. Tidak banyak yang harus dibuat. Mama menggunakan khidmat catering milik teman Kak Jasmine. Ketika aku menuju ke arah Akmar di ruang belakang, tiba-tiba kakiku hilang imbangan. Tanpa sempat bertahan, aku jatuh. Darah mengalir di dagu.

“Shifa!.” Akmar yang melihat terus mendapatkan aku.
“Aku okey. Don’t worry “
“Okey kau kata? Ni darah la. Kejap aku cari first aid . Kau duduk sini diam-diam.”

Akmar berlari ke ruang depan. Nasib aku baik. Pakaianku tidak terkena kotoran. Yang aneh, hanya dagu yang luka. Tanganku tidak.
‘Ya tuhan..apa yang terjadi padaku sebenarnya? Musibah apakah ini Ya ALLAH?’

Akmar kembali kepadaku, kelihatan Mama datang dengan wajah cemas. Kotak first aid dipegang erat.

“Shifa, kenapa ni? Okey tak ni? “
“Mama, jangan risau Shifa okey. Jatuh sikit je ni..”
“Sikit? Darah ni. Kita ke klinik ya?”
“Tak payah la Mama. Mama lupa ke? Shifa kan ada doctor bidan terjun.”
“Ish budak ni. Mama cakap betul-betul main-main je.”
“Mama, it’s okey. Shifa okey.”
“Shifa balik. Rehat. Hal kat sini biar Mama uruskan. Akmar, tolong tengokkan Shifa ye? “
“ Baik Aunty. Aunty jangan risau.”

------------------------------

Aku berteleku di tikar sejadah. Al-Quran di meja kucapai. Saat membaca ayat-ayat suci al-quran, air mataku menitis lagi. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini mataku mudah mengalirkan titisan jernih ini. Sayu rasa hati. Aku membaca potongan ayat surah Yusuf..

"....dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada yang berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf, ayat 12

Ya! Rahmat-Nya itu sungguh besar. Anugerah yang maha esa kepadaku tidak ternilai banyaknya. Aku bersyukur. Dikurniakan Ibu yang tabah, keluarga yang menyayangi, sahabat yang memahami, sepupu yang sentiasa mengambil berat, minda yang cerdas, dan aku dapat melanjutkan pelajaran ke bidang yang aku impikan. Sebagai hamba yang kerdil aku bersujud kepada-Nya. Memohon keampunan atas segala kesalahan yang pernah aku lakukan.

Satu jam berlalu. Aku masih berteleku dengan Al-Quran masih di sisi. Jam menunjukkan tepat 9.00 malam. Masih awal untuk aku tidur. Telekung dan sejadah ku simpan. Al –Quran diletakkan di meja. Aku melangkah ke katil. Buku Penciptaan Alam Semesta karya Harun Yahya dan novel thriller Mandatori karya Ramlee Awang Murshid yang baru kubeli kelmarin kucapai.

Pintu dikuak dari luar. Kak Liyana menjengah sambil tersenyum. Kelihatan dari wajahnya seri raja sehari.

“Can we talk? Sayang?”
”Sure.”
Kulemparkan senyuman ke arahnya.
“How are you? Okey? Migrain lagi?”
“Nope. Kurang sikit. Ish..Abang Arsyad tak marah ke Kak Yana berbual dengan Shifa ni?”
“Kenapa nak marah?”
“Almaklumlah kak. First night kan?” aku mengangkat kening.
“Shifa! Kena kang.”
”What? Salah ke? Sorry. Ha ha ha.”
“Dahlah. Tidur jangan lewat sangat. Migrain lagi karang. Akak nak tengok Abang Arsyad. Assalamualaikum”
“Waalaikumussalam. Good luck!”
”Hey! “

pintu ditutup. keadaan kamar kelihatan sunyi sepi. hanya terdengar bunyi 'ong.ong.ong' dari sang katak di luar. dan akhirnya Shifa lena dibuai mimpi.

No comments:

just ask me anything

free counters