blog ini hanya boleh di buka menggunakan mozilla. Lia dah cuba buka menggunakan Internet Explorer. tak boleh.so, the conclusion is buka gunakan mozilla okay? jenguk-jenguk sini silalah bagi coment. permintaan Nysrah. dia kata nak improvekan lagi penulisan dia. so, comment okeay.-Lia

Wednesday, September 8, 2010

Impian Sempurna 2



“Morning Mama!”
“Morning.. ceria je? Siap-siap ada class ke pagi ni?”
“Mama ni..Shifa sedih Mama tanya. Shifa ceria Mama risau. Shifa biasa je lah Ma. Rasa sihat sikit pagi ni. Shifa nak pergi library  dengan Akmar, Marsha,Iman, Ilham dengan Adam. Nak buat group paper work. Senang sikit cari bahan..” Mee goring ku masukkan ke pinggan. Teh panas ku hirup.
“Oh. Breakfast dulu. Naik apa?“
“Ayah Akmar ambil kejap lagi.Ma..”
“Ha. Ni ada apa ni? Nak bodek Mama lah ni.”
“ Mana ada. Shifa nak tanya pendapat Mama je.”
“Apa dia?”
“Macam mana kalau Shifa nak sambung degree dekat oversea?” dengan berhati-hati aku mengajukan soalan ke Mama. Aku sememangnya membuat perancangan untuk ke UK semenjak awal lagi.
Oversea?” Wajah Mama kelihatan berkerut-kerut.
“Yup. Boleh Ma? Shifa nak ambik medic dekat UK. Maybe. Tajaan MARA.”
“Kenapa tak sambung dekat universiti tempatan je? Macam UKM,USM,UM. Banyak yang bagus-bagus.”
“Memang la bagus Ma. Tapi Shifa nak timba pengalaman dekat oversea . Shifa rancang lepas habis matrik, Shifa nak mohon ke UK. Lagipun keputusan exam Shifa layak. “
“Kalau Shifa dah nekad, Mama tak boleh halang. Lagipun untuk masa depan Shifa juga kan? Do your best sayang! Mama sentiasa doakan anak-anak Mama.”
“Really? So Mama setuju?”
“Yes honey.”
“Thank you Mama. I love you!.”

Deringan telefon bimbit membuatkan aku terkejut. Lantas pinggan di depan ditolak sedikit. Saat kulihat ke skrin handphone nama Akmar tertera di skrin.

“Assalamualaikum ! “
“Waalaikummussalam Cik Shifa.. hang keluaq cepat aku dah sampai ni. Karang lambat diorang marah aku pulak.”
“ Weh. Sejak bila pulak Cik Akmar Marini sayang ni jadi orang Terengganu? Atau hang jumpa orang Terengganu buat marka?.” Dari loghat Terengganu bertukar ke loghat Penang. Hahaha.
“Sejak bila marka jadi loghat Terengganu ni? Kau lari tajuk la Shifa!”
“Alolo.. jangan marah ye Auntie cantek nanti cepat tua. Sapa yang susah? Aku juga. Hahaha.”
“Udah. Udahla cik Shifa oi! Aku kat depan rumah kau ni. Cepat keluar. Kirim salam sayang dekat auntie.”
“Ya. Ya. Aku keluar ni..aku jawabkan. Waalaimussalam!”

Aku mengambil beg di sisi kerusi. Selesai bersalam dengan Mama, kelihatan kereta kelisa warna kelabu dengan empunya tuan kereta telahpun menunggu.

“Sorry lambat.”
“Kau memang kalau bersiap kalah puteri duyung! Jom.”


……………………………

Perpustakaan Sultan Ismail Johor Bahru kelihatan dipenuhi oleh orang awam yang pelbagai kaum. Aku dan Akmar melangkah laju ke pintu masuk. Kelihatan Marsha dan Ilham melambaikan tangan ke arah kami berdua.

“Woi! Asal lambat? Kite orang dah masuk lima buku baca baru korang sampai!”
“Tipu betul lima buku. Kau tidur sini ke malam tadi Mar?” aku tersenyum dengan pertanyaan Marsha. Akmar yang memerhati menjawab.
“Baru pukul 10.00 kot. Lagipun kalau lambat kau tanya dengan minah ni. Dia bersiap, breakfast,pakai kasut je dah berjanggut aku tunggu. Kalau aku tak call  alamat dia takkan keluarlah.” Akmar mula menudingkan jari kearah Shifa.
“Akmar, jangan buat cerita yang menghyperbolakan kenyataan boleh tak?”
“Eh. Mana ada. Aku menambahbaik ayat je.” Akmar tersenyum menampakkan sebaris gigi ala-ala iklan colgate.
“Akmar, aku rasakan..bila tengok gigi kau aku teringat iklan colgate. Kau tak cuba apply ke?”
“Iman!! Aku cekik kang mati katak kau”
“hahaha.”

Ilham yang sejak tadi khusyuk menelaah, mula menyampuk. Tanpa salam atau kata alu-aluan pun!

“Kau orang ni tak habis-habis la. Dah sampai sini patutnya syukur alhamdulillah la. Pergi ambil bahan rujukan sana. Ke nak aku rebus buku-buku dekat library ni bagi kau minum?” sambil buat muka ala-ala tetamu kehormat dan tangan dipanjangkan kearah rak buku. Mulut yang tersenyum menampakkan lesung pipit di pipi kiri.

“Walah Incek Ilham. Hang jangan la marah. Kami ini perempuan-perempuan melayu yang ayu akan memulakan tugas ye!” sambil mata dikelip-kelip Akmar menjawab.
“Hah kau Marini. Kalau tak menjawab tak sah eh?”
”Weh! Aku allergic  betul orang panggil aku ‘Marini’ tau! Kau aku bagi backhand kang!”

Tiba-tiba Kak Linda petugas yang sememangnya terkenal dengan sikap tegasnya bersuara
“Shh…Kau orang kalau nak bising pergi kedai mamak dekat depan tu. Jangan ganggu orang lain!”

Kami sama-sama terdiam. Perbualan yang serasa dari tadi diletakkan ke volume yang paling rendah tahap negative interger telah meningkat. Segala percakapan tergendala. Aku mula mengambil buku yang telah siap disediakan oleh Adam untuk memulakan rujukan.

………………………..

Tepat jam 12 tengah hari kami mengemas buku-buku yang berterabur di atas meja. Akhirnya siap juga kerja kursus kami setelah bertungkus-lumus dalam masa seminggu. Akmar,Ilham,marsha dan Iman telah lama mendahului. Tinggal aku dan Adam yang masih mengemas alat tulis yang berselerak.

“Adam. Aku noticed kan.. sejak akhir-akhir ni kau diam je. Ada problem ke? Sharelah dengan aku. Kalau aku tak boleh tolong pun. Dapat ringankan beban. “ ku lihat wajah Adam mula berubah riak. Mungkin tidak menyangka aku perasan akan perubahan dirinya.
“Mana ada apa-apa. Aku penat je.”
“Mana ada apa-apa? Aku kenal kau bukan dua hari ke, dua bulan ke,dua minit ke atau dua saat. Aku kenal kau dah dua tahun Dam. Aku dah hafal perangai kau. Kau nak makan? Sakit perut? Sakit kaki? Penat? Putus cinta? Semua dah ada dalam tangan aku. Storyla aku boleh simpan rahsia punya.”
“Betul?”
“Muka aku macam tengah buat lawak antara benua ke?”
“Tak”
“so?”
“Actually, aku ada problem dengan family sikit.”
“Awatnya?” perhatian kutumpukan ke wajah Adam.
“Pakcik sebelah mak aku nakkan harta peninggalan arwah bapa aku.”
“Berapa banyak?”
“2 ekar tanah dengan 3 rumah sewa dekat Skudai.”
“Banyak juga lah. Hmm..nanti aku fikirkan cara macam mana nak buat okey? I will help you. Don’t worry. Don’t feel helpless okey?”
“Kau ni dah macam psichiathrist lah.”
“Haha. Tak lawak pun.”
“Weh. Aku tengok kau pun semacam lately ni. Why? Muka kau nampak cengkung. Diet eh?”
“Diet? Haha. Kau tak nampak ke lately ni juga aku banyak makan? Tak perasan jugak? Maybe kau sibuk tengok Misha tu kot..weh. kau suka dia ke?”
“Siapa?”
”Alah. Kura-kura dalam perahu,pura-pura tak tahu pulak. Misha Alia Binti Tan Sri Kamal.”
“Misha? Siapalah aku ni nak suka dekat anak tan sri tu.”
“yeak! Meluat aku tengok tahap rendah diri kau lah. Please lah Dam. Self confident kau tu kena upgrade sikit.”
------------------------------
Petang rabu. Aku menemani Faiz ke pasaraya untuk membeli kelengkapan rumah. Katanya, boring berjalan seorang diri. Disuruh mengajak makwe-makwe dia yang lain. Katamya buang duit. Ada cukai.

Faiz aku tinggalkan di kedai kek Dolly untuk membeli sedikit juadah minum petang. Petang ini katanya Mummynya mengajak aku minum petang dan dinner di rumahnya.  Kakiku melangkah laju menuju ke car park tidak jauh dari Kedai Kek Dolly.

             Dalam perjalanan menuju ke kereta untuk pulang ke rumah  tiba-tiba aku merasakan badanku terasa melayang. Kepala lutut terasa longgar. Aku tidak migrain. Ya. Aku yakin. Tapi kenapa tubuh tiba-tiba rasa lemah longlai?

‘Faiz, capatlah datang, Shifa dah tak kuat ni.’ Kotak hatiku bersuara.

Kakiku semakin lemah. Imbangan tubuhku semakin melemah. Hatiku masih memohon perlindungan kepada-Nya..
‘Ya tuhan..dugaan apakah ini. Kuatkan aku Ya Allah.’

Saatku hampir menyembah bumi. Sepasang tangan mencapai lenganku. Nafasnya kedengaran deras di sisi wajahku. Aku terpempan. Wajahku panas tiba-tiba.

Saat tubuhku mulai stabil. Aku pantas menarik tanganku dari pegangan lelaki itu.

“Terima kasih” wajahku kutunduk. Tidak sanggup rasanya memandang orang yang membantuku itu.

“Sama-sama. Okey tak ni?”
“Okey.”
“Hmm. Kalau macam tu saya terpaksa pergi dululah. Assalamualaikum..”

‘waalaikumussalam’ ayat itu masih tersekat di kerongkong. pandangan mataku melihat bayangan lelaki tadi yang melangkah laju menuju ke sebuah kereta.

“Hoi!”
“Faiz!!”
“Ya..sayang.”
“Sorry ya. Perkataan sayang tu tak mencairkan hati Shifa. I’m your cousin. Not your girlfriend or your mistress. I know you well. Very well Encek Faiz!”
“Oh yeah? So, apa yang buat anak dara Mama Lili ni berdiri dekat depan kereta aku ha? Kau usha siapa? Mamat bangla eh? kan dah dapat kunci. Awat hang tercegat kat situ?”

“Kau pun dah jadi macam Akmar juga. Merepek.melalut.meraban.”

just ask me anything

free counters